Friday 11 December 2015

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA


KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

MASALAH DAN ISU

Ada yang beranggapan bahawa masalah dan isu adalah sama. Tetapi hakikatnya terdapat perbezaan makna daripada dua perkataan ini. Masalah adalah sesuatu yang perlu penyelesaian dengan segera manakala isu adalah sesuatu yang perlu diselesaikan dengan berhati-hati. Setiap individu adalah berbeza tahap kecepatan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini didorong oleh beberapa faktor (Francis,1990) iaitu motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran.

     Mereka yang mempunyai motivasi yang kuat akan cuba sedaya upaya mereka bagi menyelesaikan sesuatu kesukaran dengan tenaga yang ada pada mereka dan sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah mengalah. Kemenangan merupakan idaman bagi mereka. Mereka kan sentiasa mencuba untuk mewujudkan masa depan yang baik. Apabila masalah menjadi semakin rumit mereka akan melipatgandakan usaha mereka tanpa rasa gentar.

Seterusnya trait yang positif. Mereka dapat menyelesaikan masalah melalui sifat peribadi yang mereka miliki. Antara sifatnya ialah emosi yang stabil, iaitu menunjukkan minat dan melibatkan diri bagi mencari penyelesaian. Mereka juga bersedia untuk menerima pertolongan dari orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat. Kepintaran juga amat diperlukan bagi memahami dan menangani sesuatu isu. Selain itu mereka mempunyai sifat untuk terus berusaha dan tidak bosan untuk mencari sesuatu penyelesaian bagi sesuatu masalah.

Mereka yang memiliki jati diri yang kuat berasa dirinya berkebolehan menyelesaikan sesuatu masalah dan sedar akan kekurangan yang di miliki tetapi mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi. Adalah penting bagi seseorang untuk mempunyai keupayaan psikologi dalam menangani masalah.

Seterusnya membina kemahiran. Mereka berupaya menggunakan teknik-teknik model bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Kemahiran mereka menggunakan model-model ini merupakan penyelesaian masalah secara saintifik dan logik. Antaranya ialah model enam langkah Chang dan Kelly,1993(kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal pasti cara penyelesaian masalah, pilih penyelesaian yang terbaik, bentuk pelan tindakan dan pelaksanaan dan penilaian) dan model lapan langkah Francis,1990( tuning in, objective setting, success measurement, information collection, decision-making, planning, action,  and  review to improve).




KATEGORI MASALAH

Misteri ialah situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku tanpa alasan yang nyata dan tidak dapat dihuraikan menggunakan akal fikiran.

Tugasan  pula ialah kerja yang ditugaskan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan dengan objektif pencapaian. Orang yang melaksanakannya juga perlu faham tentang matlamat dan lain-lain keperluan dan ia merupakan kontrak di antara ketua dan orang yang akan melaksanakan tugasan tersebut.

Kesukaran  ialah perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan dan memerlukan pelaksanaan yang amat rumit, mencabar dan kompleks. Ia biasa terjadi disebabkan kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita merasa sumber-sumber yang ada tidak cukup. Kesukaran boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu objektif dan subjektif. Subjektif ialah sifat negatif atau mental blok yang ada pada individu manakala objektif ialah perkara yang menghalang kemajuan yang berada di luar individu.

Peluang. Ia bisanya akan membawa keuntungan. Peluang yang ada mestilah dimanfaatkan sebaik mungkin agar kita dapat keuntungan daripadanya.

Tidak pasti. Tidak pasti merupakan situasi yang kita tidak tahu adakah tindakan yang kita adalah benar atau salah. Bagi menangani masalah ini kita perlu mengkaji kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Dilema merupakan situasi yang agak sukar untuk menemui jalan penyelesaian dan menentukan jalan yang terbaik untuk menghuraikannya. Dalam dilema terdapat dua opsyen yang boleh dilakukan tetapi kedua-duanya dirasakan tepat dan benar.




 MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK

Ø  MENDEFINISIKAN MASALAH
Pertama kita perlu mengetahui apakah perkara yang lari dari kebiasaan, pakah aspek kebiasaan yang berubah itu, apakah kesan yang timbul, adakah perlu diubah dan apakah hasil yang kita inginkan. Mendefinisikan masalah dengan betul adalah amat penting untuk memastikan tiada masalah baru yang akan timbul. Keadaan ‘mind set’ seseorang dan keadaan dalam konteks di mana masalah itu wujud adalah penting apabila masalah sudah dikenal pasti. Memahami punca sesuatu masalah itu terjadi adalah amat penting agar lebih senang untuk kita menyelesaikannya.

Ø  MENGKELASKAN MASALAH
Masalah dapat dikelaskan berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang ada. Masalah yang tinggi risikonya perlu ditangani dahulu.

Ø  TENTUKAN OBJEKTIF
Adalah penting untuk menentukan apa yang diingini dalam sesuatu aktiviti. Objektif yang hendak haruslah jelas, mudah difahami dan praktikal dan harus disampaikan kepada mereka yang terlibat dalam menyelesaikan masalah ini.

Ø  TENTUKAN UKURAN KEJAYAAN
Ukuran kejayaan adalah menentukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Kriteria kejayaan perlu ditentukan dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan.

Ø  KUTIPAN DATA
Semua faktor penyebab masalah itu berlau mestilah dikumpul. Proses penyelesaian masalah ini digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah kedoktoran, kejuruteraan, ekonomi, sains sosial, dan lain-lain. Maklumat sesuatu masalah boleh didapati daripada kajian, pemerhatian dan pengalaman. Pemikiran yang kreatif, mengenal pasti maklumat yang relevan dan boleh digunakan dalam proses penyelesaian masalah merupakan antara kemahiran yang diperlukan dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat lima peringkat pengumpulan maklumat iaitu:
1)       Kenal pasti maklumat yang diperlukan dan bagaimana untuk mendapatinya.
2)       Kenal pasti prosedur untuk mengumpul maklumat yang tercicir.
3)       Kenal pasti punca bagaimana hendak menerbitkan maklumat.
4)       Menstrukturkan maklumat agar senang difahami.
5)       Membina opsyen untuk membuat keputusan.

Ø  MEMBUAT KEPUTUSAN

Cara bagaimana pendekatan pengurus membuat keputusan adalah amat penting untuk membuat keputusan yang efektif. Pendekatan yang terbaik dalam memilih opsyen untuk dilaksanakan adalah dengan mendapatkan consensus daripada semua staf. Di dalam proses membuat keputusan beberapa faktor perlu diambil kira iaitu kos untuk melaksanakan opsyen yang di pilih.                                                                                        

Ø MELAKSANAKAN KEPUTUSAN YANG DIAMBIL
Semasa melaksanakan keputusan beberapa perkara perlu diambil kira iaitu keyakinan, kesungguhan, kemahiran, ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.


PENILAIAN

Penilaian amat penting kerana ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah yang diambil. Kecekapan individu perlu dinilai dan digubal dalam satu program kursus untuk peningkatan diri sekiranya didapati individu-individu tidak cekap dalam melaksanakan tugas.



PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK
Ø  Mengadakan hipotesis
Ø  Mengumpul maklumat
Ø  Membuat kesimpulan


PENYELESAIAN MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL

                                              Ciri-ciri:
  • Tidak bersifat kritikal sebaliknya lebih suka menunda penilaian.                                                      
  • Tidak bersifat analitikal sebaliknya mereka cipta penyelesaiannya  yang dianggap lebih membawa keuntungan dan cara berfikir ini disebut berfikir parallel atau selari.

  • Tidak bersifat vertical atau sehala sebaliknya bersifat generatif dan inovatif. Dengan sifat antilogik ini ia bebas menerbitkan sebarang idea songsang atau gila-gila asalkan dapat membawa perubahan dan keuntungan. Juga terdapat kaedah yang berfikir yang dikenali kaedah enam topi iaitu Topi Hijau( pemikiran kreatif dan subur), Topi Kuning ( pemikiran positif dan konstruktif), Topi Putih (pemikiran objektif), Topi Hitam( pemikiran negatif dan kritikal), Topi Merah (pemikiran emotif), Topi Biru (lambang langit di atas).



PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERASAAN

Ø   Ia berdasarkan kecerdasan IQ tetapi tidak menekankan kepintaran seorang sebaliknya                            menekankan ciri sahsiah

ØTerdapat lima domain kecerdasan emosi iaitu kebolehan mengetahui emosi diri, pengurusan                emosi, meningkatkan motivasi, mengenal emosi orang lain, dan menjalin persaudaraan.



PENYELESAIAN SECARA ISLAM

 Ø  Terdapat dua pendekatan iaitu Hukum dan Sufi

 ØPendekatan Hukum  lebih rasional dan intelektual manakala Sufi bersifat moral dan spiritual.



TERIMA KASIH





   KU NURAZLIN BINTI CHE KU SERI
   237588
   SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA GROUP B