SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA
KAEDAH
PENYELESAIAN MASALAH
MASALAH DAN ISU
Ada yang beranggapan bahawa masalah dan
isu adalah sama. Tetapi hakikatnya terdapat perbezaan makna daripada dua
perkataan ini. Masalah adalah sesuatu yang perlu penyelesaian dengan segera
manakala isu adalah sesuatu yang perlu diselesaikan dengan berhati-hati. Setiap
individu adalah berbeza tahap kecepatan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Hal ini didorong oleh beberapa faktor (Francis,1990) iaitu motivasi yang kuat,
trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran.
Mereka yang mempunyai motivasi yang kuat
akan cuba sedaya upaya mereka bagi menyelesaikan sesuatu kesukaran dengan
tenaga yang ada pada mereka dan sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah
mengalah. Kemenangan merupakan idaman bagi mereka. Mereka kan sentiasa mencuba
untuk mewujudkan masa depan yang baik. Apabila masalah menjadi semakin rumit
mereka akan melipatgandakan usaha mereka tanpa rasa gentar.
Seterusnya trait yang positif. Mereka
dapat menyelesaikan masalah melalui sifat peribadi yang mereka miliki. Antara
sifatnya ialah emosi yang stabil, iaitu menunjukkan minat dan melibatkan diri
bagi mencari penyelesaian. Mereka juga bersedia untuk menerima pertolongan dari
orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat. Kepintaran juga amat diperlukan bagi
memahami dan menangani sesuatu isu. Selain itu mereka mempunyai sifat untuk
terus berusaha dan tidak bosan untuk mencari sesuatu penyelesaian bagi sesuatu
masalah.
Mereka yang memiliki jati diri yang kuat
berasa dirinya berkebolehan menyelesaikan sesuatu masalah dan sedar akan
kekurangan yang di miliki tetapi mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi.
Adalah penting bagi seseorang untuk mempunyai keupayaan psikologi dalam
menangani masalah.
Seterusnya membina kemahiran. Mereka
berupaya menggunakan teknik-teknik model bagi menyelesaikan sesuatu masalah
yang timbul. Kemahiran mereka menggunakan model-model ini merupakan
penyelesaian masalah secara saintifik dan logik. Antaranya ialah model enam
langkah Chang dan Kelly,1993(kenal pasti masalah, analisa punca masalah, kenal
pasti cara penyelesaian masalah, pilih penyelesaian yang terbaik, bentuk pelan
tindakan dan pelaksanaan dan penilaian) dan model lapan langkah Francis,1990(
tuning in, objective setting, success measurement, information collection, decision-making,
planning, action, and review to improve).
KATEGORI MASALAH
Misteri
ialah situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku tanpa alasan
yang nyata dan tidak dapat dihuraikan menggunakan akal fikiran.
Tugasan pula ialah kerja yang ditugaskan jelas
memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan dengan objektif
pencapaian. Orang yang melaksanakannya juga perlu faham tentang matlamat dan
lain-lain keperluan dan ia merupakan kontrak di antara ketua dan orang yang
akan melaksanakan tugasan tersebut.
Kesukaran
ialah perkara yang sukar untuk mencapai
kejayaan dan memerlukan pelaksanaan yang amat rumit, mencabar dan kompleks. Ia biasa
terjadi disebabkan kita tidak tahu menguruskan situasi atau kita merasa
sumber-sumber yang ada tidak cukup. Kesukaran boleh dibahagi kepada dua
kategori iaitu objektif dan subjektif. Subjektif ialah sifat negatif atau
mental blok yang ada pada individu manakala objektif ialah perkara yang
menghalang kemajuan yang berada di luar individu.
Peluang.
Ia bisanya akan membawa keuntungan. Peluang yang ada mestilah dimanfaatkan
sebaik mungkin agar kita dapat keuntungan daripadanya.
Tidak
pasti. Tidak pasti merupakan situasi yang kita
tidak tahu adakah tindakan yang kita adalah benar atau salah. Bagi menangani
masalah ini kita perlu mengkaji kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk
mendapatkan jawapan yang betul.
Dilema
merupakan situasi yang agak sukar untuk menemui jalan penyelesaian dan
menentukan jalan yang terbaik untuk menghuraikannya. Dalam dilema terdapat dua
opsyen yang boleh dilakukan tetapi kedua-duanya dirasakan tepat dan benar.
MODEL
PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK DAN LOGIK
Ø MENDEFINISIKAN
MASALAH
Pertama
kita perlu mengetahui apakah perkara yang lari dari kebiasaan, pakah aspek
kebiasaan yang berubah itu, apakah kesan yang timbul, adakah perlu diubah dan
apakah hasil yang kita inginkan. Mendefinisikan masalah dengan betul adalah
amat penting untuk memastikan tiada masalah baru yang akan timbul. Keadaan
‘mind set’ seseorang dan keadaan dalam konteks di mana masalah itu wujud adalah
penting apabila masalah sudah dikenal pasti. Memahami punca sesuatu masalah itu
terjadi adalah amat penting agar lebih senang untuk kita menyelesaikannya.
Ø MENGKELASKAN
MASALAH
Masalah
dapat dikelaskan berdasarkan tinggi atau rendah risiko yang ada. Masalah yang
tinggi risikonya perlu ditangani dahulu.
Ø TENTUKAN
OBJEKTIF
Adalah
penting untuk menentukan apa yang diingini dalam sesuatu aktiviti. Objektif
yang hendak haruslah jelas, mudah difahami dan praktikal dan harus disampaikan
kepada mereka yang terlibat dalam menyelesaikan masalah ini.
Ø TENTUKAN
UKURAN KEJAYAAN
Ukuran
kejayaan adalah menentukan standard atau piawai yang akan menjadi pengukuran
tentang kejayaan dalam penyelesaian masalah. Kriteria kejayaan perlu ditentukan
dahulu sebelum penyelesaian masalah dimulakan.
Ø KUTIPAN
DATA
Semua
faktor penyebab masalah itu berlau mestilah dikumpul. Proses penyelesaian
masalah ini digunakan dalam pelbagai bidang termasuklah kedoktoran,
kejuruteraan, ekonomi, sains sosial, dan lain-lain. Maklumat sesuatu masalah
boleh didapati daripada kajian, pemerhatian dan pengalaman. Pemikiran yang
kreatif, mengenal pasti maklumat yang relevan dan boleh digunakan dalam proses
penyelesaian masalah merupakan antara kemahiran yang diperlukan dalam proses
penyelesaian masalah. Terdapat lima peringkat pengumpulan maklumat iaitu:
1) Kenal pasti maklumat yang diperlukan dan
bagaimana untuk mendapatinya.
2) Kenal pasti prosedur untuk mengumpul maklumat
yang tercicir.
3) Kenal pasti punca bagaimana hendak menerbitkan
maklumat.
4) Menstrukturkan maklumat agar senang difahami.
5) Membina opsyen untuk membuat keputusan.
Ø MEMBUAT
KEPUTUSAN
Cara bagaimana pendekatan pengurus
membuat keputusan adalah amat penting untuk membuat keputusan yang efektif.
Pendekatan yang terbaik dalam memilih opsyen untuk dilaksanakan adalah dengan
mendapatkan consensus daripada semua staf. Di dalam proses membuat keputusan
beberapa faktor perlu diambil kira iaitu kos untuk melaksanakan opsyen yang di
pilih.
Ø MELAKSANAKAN
KEPUTUSAN YANG DIAMBIL
Semasa melaksanakan keputusan
beberapa perkara perlu diambil kira iaitu keyakinan, kesungguhan, kemahiran,
ketepatan, penyesuaian, objektiviti dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.
PENILAIAN
Penilaian amat
penting kerana ia akan memberi gambaran tentang keberkesanan tindakan
penyelesaian masalah yang diambil. Kecekapan individu perlu dinilai dan digubal
dalam satu program kursus untuk peningkatan diri sekiranya didapati
individu-individu tidak cekap dalam melaksanakan tugas.
PENYELESAIAN
MASALAH SECARA SAINTIFIK
Ø Mengadakan
hipotesis
Ø Mengumpul
maklumat
Ø Membuat
kesimpulan
PENYELESAIAN
MASALAH SECARA KREATIF/LATERAL
Ciri-ciri:
- Tidak bersifat kritikal sebaliknya lebih suka menunda penilaian.
- Tidak bersifat analitikal sebaliknya mereka cipta penyelesaiannya yang dianggap lebih membawa keuntungan dan cara berfikir ini disebut berfikir parallel atau selari.
- Tidak bersifat vertical atau sehala sebaliknya bersifat generatif dan inovatif. Dengan sifat antilogik ini ia bebas menerbitkan sebarang idea songsang atau gila-gila asalkan dapat membawa perubahan dan keuntungan. Juga terdapat kaedah yang berfikir yang dikenali kaedah enam topi iaitu Topi Hijau( pemikiran kreatif dan subur), Topi Kuning ( pemikiran positif dan konstruktif), Topi Putih (pemikiran objektif), Topi Hitam( pemikiran negatif dan kritikal), Topi Merah (pemikiran emotif), Topi Biru (lambang langit di atas).
PENYELESAIAN MASALAH MELALUI PERASAAN
Ø Ia
berdasarkan kecerdasan IQ tetapi tidak menekankan kepintaran seorang sebaliknya menekankan ciri sahsiah
ØTerdapat
lima domain kecerdasan emosi iaitu kebolehan mengetahui emosi diri, pengurusan emosi, meningkatkan motivasi, mengenal emosi orang lain, dan menjalin
persaudaraan.
PENYELESAIAN
SECARA ISLAM
Ø Terdapat
dua pendekatan iaitu Hukum dan Sufi
ØPendekatan
Hukum lebih rasional dan intelektual
manakala Sufi bersifat moral dan spiritual.
TERIMA KASIH
KU NURAZLIN BINTI CHE KU SERI
237588
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA GROUP B